Followers

Friday, 10 August 2012

PAKAIAN,FESYEN & AURAT

SOALAN:Ramai juga remaja perempuan sekarang ini yang memakai seluar nampak pusat.Apa hukumnya?

JAWAPAN:Pusat adalah aurat.Tubuh wanita sekitar kawasan itu pun aurat.Tubuh wanita sekitar kawasan itu pun aurat.Ada lagi dasyat apabila nampak "seluar dalam".Masya-Allah dunia sudah terbalik.Nampaknya inilah yang menjadi ahli neraka.Antaranya yang bermaksud: "Wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang." (Riwayat Muslim)

Ada beberapa tafsiran terhadap petikan hadis ini.Antaranya disebutkan bahawa golongan ini menerima nikmat Allah tetapi tidak mensyukurinya.Ada juga tafsiran bahawa mereka menutup sebahagian badan dan mendedahkan yang lain.Ada juga disebut bahawa pakaian mereka terlalu nipis hingga menampakkan warna kulit mereka.

Ehm... hadis ini menggambarkan tentang pakaian wanita pada akhir zaman.Ia juga simbolik kepada keruntuhan akhlak.Kalau pakaian pun sudah begitu,tidak mustahil maksiat dan larangan agama hanya sekadar lalat hinggap di hidung sahaja.

Di petik dari SOAL JAWAB remeh-temeh tentang ISU SEMASA tapi anda malu bertanya oleh USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD & USTAZ MOHAMAD NIDZAM ABDUL KADIR