DISIPLIN MAKAN & MINUM
Saya ada terbaca satu article dalam majalah solusi Isu no.41,mengenai disiplin makan dan disiplin minum.Di sini saya ingin kongsikan bersama anda mengenai article di bawah ini.Mari sama-sama kita amalkan disiplin makan dan disiplin minum yang saya kongsikan dalam blog ini..
DISIPLIN MAKAN
A.Sederhana dan tidak gelojoh
=>Baginda menganjurkan kita agar:
*Mengambil beberapa suapan kecil dan tidak gelojoh memasukkan makanan ke dalam mulut
*Makanan di kunyah dengan baik sebelum di telan
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Tidak ada bekas yang lebih buruk di penuhi oleh manusia selain dari perutnya.Cukuplah bagi manusia beberapa suapan kecil yang mampu menegakkan tulang belakangnya.Apabila menjadi suatu kehausan,maka sepertiga untuk makanan,sepertiga untuk minum dan sepertiga untuk bernafas."(Riwayat Ibn Hibban,Ibn Majah al-Hakim)
B.Mengutip sisa makanan
Setiapmakanan yang di makan ialah rezeki kurniaan Allah S.W.T.Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. menganjurkan umatnya agar makan dengan cermat dan mengutip makanan yang terjatuh di luar pinggan(sekiranya masih elok dan boleh di bersihkan) menerusi sabdanya yang bermaksud:"Apabila salah seorang daripada kamu makan,kemudian suapannya jatuh dari tangan,hendaklah dia membersihkan apa yang kotor daripadanya lalu memakannya,dan janganlah dia membiarkannya untuk(di makan) syaitan." (Silsilah al- Ahadith al-Sahihah no.1404).
DISIPLIN MINUM
A.Minum dengan tiga kali nafas
*Rasulullah s.a.w. minum dengan tiga kali nafas iaitu bernafas di luar gelas dan melarang bernafas di dalam gelas.Selain itu juga Baginda s.a.w. meneguk minuman dengan lembut,secara perlahan-lahan dan tidak tergopoh-gapah.
*Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. apabila minum,Baginda bernafas tiga kali dan Baginda bersabda yang bermaksud:"Itu lebih enak,lebih nikmat dan lebih sihat.(Riwayat Abu Daud)
*Hikmah di sebalik minum dengan tiga kali nafas ialah ia lebih cepat menghilangkan dahaga dan menyihatkan perut.Baginda berpesan agar tidak minum dengan tergesa-gesa(minum dengan satu nafas) kerana ia boleh menyebabkan sakit dada.
B.Tidak menghembuskan nafas ke dalam gelas
*Anak-anak juga harus dididik agar tidak bernafas di dalam gelas ketika minum.Ini kerana Baginda telah melarang bernafas dan meniup ke dalam gelas atau bekas minuman.Abu Qatadah meriwayatkan,"Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. melarang bernafas di dalam bekas." (Muttafaq'alaih)
C.Tidak minum berdiri
=>Rasulullah s.a.w. selalu duduk ketika minum kecuali ketika Baginda meminum air zamzam.Jadi,minum air zamzam secara berdiri dan menghadap kiblat adalah sunnah.
[Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Jangan sesekali kamu minum sambil berdiri.Sesiapa yang lupa,hendaklah dia muntahkan."]
No comments:
Post a Comment